INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Selasa, 1 November 2011

SEJARAH KAMPUNG


Kampung Pantai Batu Rakit


Batu yang terapung 400 meter dari daratan menjadi mercu tanda pada Kampung Pantai Batu Rakit.


Tiada catatan resmi mengenai tarikh sebenar pembukaan penempatan di Batu Rakit,tetapi dipercayai penempatan awal di Pantai Batu Rakit telah dibuka linggkungan awal 1800an oleh sekumpulan masyarakat yang menjalankan aktiviti menangkap ikan.Nama Batu Rakit telah diambil sempena dengan kewujudan satu jajaran batu yang permukaannya atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan.Ianya kelihatan seperti sebuah rakit.Pada zaman pencerobohan tentera Jepun ke Tanah Melayu,pihak tentera Jepun telah mengebom batu tersebut kerana ianya disangkakan kapal selam tentera musuh.Pada zaman pemerintahan British diakhir abad ke 19 dan awal tahun 1900an,Batu Rakit merupakan sebuah daerah resmi didalam negeri Terengganu.Daerah Batu Rakit ketika itu merangkumi kawasan jajahan yang agak luas.Sempadan kawasan pentadbiran Daerah Batu Rakit ketika itu ialah Kawasan Merang disebelah utara sehingga sempadan Seberang Takir disebelah selatan.Sementara dari timur ke barat pula bermula dari persisiran pantai Laut China Selatan sehingga kawasan Tepoh.


Bangunan Bazar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Sebagai sebuah daerah ketika itu,Batu Rakit mempunyai pusat dan organisasi pentadbirannya sendiri yang berasingan dari Daerah Kuala Terengganu.Antara permis pertadbiran yang ada ketika itu ialah sebuah Pejabat Daerah,pelabuhan kecil di Pantai Batu Rakit yang ditadbirkan oleh Pejabat Kastam yang didirikan di Pantai Batu Rakit.Terdapat juga sebuah mahkamah daerah yang digunakan untuk perbicaraan kes-kes kecil yang mana Pegawai Daerah dilantik sebagai Masjistret.Dalam lingkungan tahun 1937,Batu Rakit ditadbirkan oleh seorang Pegawai Daerah yang bernama Yang Mulia Syed Abdul Kadir Abdullah Al-Aidarus dan bergelar Yang Mulia Engku Pengiran Anum.Beliau juga dikenali oleh penduduk Batu Rakit sebagai Engku Kadir.(Sebatang jalan di Kampung Pantai telah dinamakan dengan nama beliau dan kekal hingga kini). Beliau seorang yang menitikberatkan kemajuan ekonomi dan pendidikkan penduduk setempat.Hasil usaha beliau,terbinanya Sekolah Kebangsaan Batu Rakit pada 1937.



Masjid As-Salam Batu Rakit yang diresmikan oleh Sultan Mizan Al-Sultan Terengganu.


Ketua Kampung pada era pertadbiran Pegawai Daerah ketika itu ialah Allahyarham Haji Yusof bin Ismail dan Penghulu Batu Rakit ialah Allahyarham Encik Ali bin Salleh.Pada ketika itu.pelbagai jenis perniagaan dan penempatan wujud dimerata-rata dan ianya menjadikan Batu Rakit maju dan tumpuan penduduk.Sektor ekonomi di Batu Rakit terus berkembang dengan pesat.Pelbagai pusat hiburan dan pengangkutan wujud di Batu Rakit ketika itu antaranya panggung wayang,pusat billiard,salon dan juga setesen bas.Terdapat juga jalinan jalan perhubungan darat yang baik menghubungkan Batu Rakit dengan beberapa kawasan seperti Seberang Takir dan juga Merang.Selepas British mengambil alih pemerintahan daripada pihak Jepun pada tahun 1945, Daerah Batu Rakit telah dimansuhkan.Dalam tahun tersebut satu persidangan mengenai persempadanan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu.Persidangan yang dikenali sebagai "Christmas Conference" ini bertujuan untuk menyusun semula sempadan daerah.


Bot-bot nelayan yang merupakan pekerjaan utama para penduduk Kampung Pantai Batu Rakit. 

Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut: Daerah Kemaman dan Daerah Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman. Daerah Dungun dan Daerah Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun. Daerah Batu Rakit dan Daerah Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu. Daerah Besut dan Daerah Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut. Perubahan sempadan ini dibuat kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat. Dengan termenterainya perjanjian itu maka dengan resminya Daerah Batu Rakit telah dimansuhkan dan ditarafkan sebagai Mukim sahaja.Bermula dengan itu,maka keadaan Batu Rakit baik dari segi ekonomi dan kemudahan pasarana semakin mundur dan terkebelakang.Kawasan yang suatu masa dahulu sibuk dengan pelbagai aktiviti perniagaan kini menjadi sunyi dan ada yang terbiar.Keadaan Mukim Batu Rakit yang dipenghujung Daerah Kuala Terengganu yang bersempadan pula dengan Daerah Setiu yang diwujudkan pada tahun 1985 menyebabkan pembangunannya semakin perlahan.


Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Rakit yang telah melahirkan ramai para ilmuan.

Bagi perkembangan agama islam pula,sebuah masjid telah dibina di Kampung Kubur yang mana ianya masih kekal sehingga hari ini. Masjid ini telah dibina pada tahun 1940an untuk umat islam di Batu Rakit beribadat menunaikan sembahyang berjemaah.Namun begitu,kerana pertambahan penduduk,masjid tersebut tidak manpu untuk menampung jemaah yang semakin bertambah.Oleh itu,kerajaan telah membina sebuah masjid baru yang lebih besar di tanah tapak Pejabat Pegawai Daerah Batu Rakit pada lewat 1970an.Masjid itu terus dibesarkan pada tahun 1992 dan dikenali sebagai Masjid As-Salam Batu Rakit.
Pada era kegemilangan Batu Rakit,3 kaum utama menjalankan pelbagai aktiviti pekerjaan iaitu kaum Melayu sebagai nelayan dan kerja kampung,masyarakat Cina pula menjalankan perniagaan dan bagi masyarakat India pula menguruskan kedai makan.Tetapi hingga sekarang hanya masyarakat Melayu dan segelintir masyarakat Cina sahaja yang menghuni Kampung Pantai Batu Rakit.
Diera tahun 1945,kuasa Ketua Kampung Batu Rakit meliputi kawasan yang luas sehingga ke Mengabang Lekor.Suasana berterusan hingga zaman Allahyarham Ali bin Abdullah sebelum persempadanan semula kawasan kampung yang mewujudkan JKKK Kampung Pantai Batu Rakit.
Dalam tahun 1981, pembahagian kawasan pertadbiran ketika itu dipecahkan kepada 3 kawasan utama iaitu Allahyarham Husin Musa mengurus tadbir kawasan Mengabang Lekor dan Mengabang Panjang,Tuan Haji Muda Abdullah mengurus tadbir kawasan Pengkalan Atap,Padang Polis,Kubur Timah dan Kampung Pandu manakala Encik Abdullah Mahmud pula mengurus tadbir kawasan Kampung Kubur,Kampung Tanjung,Kampung Pantai dan Kampung Rakyat.
Namun,dalam tahun 2004,kawasan pertadbiran JKKK Pantai Batu Rakit hanya meliputi sebahagian Kampung Tanjung,Kampung Pantai,Kampung Kubur dan Kampung Rakyat berikutan penubuhan JKKK Kampung Tanjung.

Salahsilah Pengerusi-Pengerusi JKKK/Ketua Kampung Pantai Batu Rakit. 

Tahun 1937-1957: Allahyarham Haji Yusuf bin Ismail
Tahun 1966-1981: Allahyarham Ali bin Abdullah
Tahun 1981-2004: Encik Abdulllah bin Mahmud
Tahun 2004-2009: Encik Harun bin Mohamad
Tahun 2009 hingga kini: Encik Mohamad bin Harun

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan

    Saya Wan Mohd Naim Shukri bin Mohamad....

    Mohon kerjasama Tuan untuk membantu mencari saudara mara saya yg telah terpisah.

    Saya mendapat maklumat bahawa adik beradik moyang saya yg bernama Wan Jusuh bin Wan Musa (Panglima Tok Wan Musa) bin Wan Ali (Tok Wan Ali) bin Wan Ahmad bin Wan Ismail bin YM Tun Abdullah bin YM Tun Pedah Yusuf (Tun Da) bin YM Dato Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid bin YM Sri Paduka Tun Muhammad Tahir ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah (Dato Temenggong Sri Maharaja of Johor) pernah menjadi Penghulu Kg Batu Rakit. ..

    Nama moyang saya ialah Wan Muhammad Salleh @ Tok Gawa Wan Leh yg pernah menjadi Penghulu Kg Raja Besut.

    Jika sekiranya Tuan mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga Tok Wan Jusuh..mohon hubungi saya dgn segera.

    Kerjasama Tuan amat diharapkan dan dihargai.

    Terima kasih.

    W M Naim
    0133689247
    wanaim@yahoo.com
    wanaim65@gmail.com

    BalasPadam