INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Selasa, 1 November 2011

MASYARAKAT


Barisan Jawatankuasa Ceramah dan YB Haji Khazan (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama Dr Fairuz (tiga dari kiri) dan Dato'Alwie Mohd ( empat dari kiri) selepas selesai ceramah diadakan.

BATU RAKIT (9/12/2011) MARAS- Bagi menjawab segala tomahan dari pihak pembangkang berkenaan isu-isu semasa,pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah membawa Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr.Fairuz Khairuddin dan Dato' Haji Alwi Mohd yang juga bekas CEO MAIDAM.Ceramah yang diadakan bersebelahan pasar Maras ini telah berjaya menarik seramai 1,000 orang dari penduduk Dun Batu Rakit.

Sebahagian dari penduduk kampung yang hadir untuk mendengar ceramah isu-isu semasa yang disampaikan oleh Dr.Fairuz dan Dato'Alwie.
Ceramah yang diadakan pada jam 9.30 malam ini dimulakan dengan tayangan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berkenaan dengan perbahasan Hukum Hudud yang telah dihuraikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Kaum ibu turut bersama hadir mendengar ceramah isu-isu semasa.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr.Fairuz,beliau banyak
menceritakan betapa dasar DAP yang memerintah Pulau Pinang
tidak selari dengan menisfesto yang disediakan sebelum pilihanraya. Banyak perkara yang dijanjikan oleh pihak DAP sebelum pilihanraya ke 12 tidak ditunaikan untuk rakyat. Begitu juga dengan sikap DAP kepada rakan politik mereka iaitu parti PAS. Ianya tidak pernah mengiktiraf ahli-ahli PAS untuk diangkat atau diserapkan ke dalam Jabatan Hal Ehwal Agama di Pulau Pinang.Konsep kerjasama yang dilakukan semasa pilihanraya ke 12 menurut Dr.Fairuz lagi hanyalah membawa keuntungan kepada pihak DAP sahaja berbanding PAS.Dalam ertikata PAS hanyalah kuda tunggangan bagi pihak DAP semasa kerja-kerja pilihabraya. Beliau turut memaklumkan bahawa DAP juga tidak pernah bersetuju untuk memberikan layanan yang adil kepada kaum melayu di Pulau Pinang.Banyak gerai-gerai orang Melayu dirobohkan.

Dari kiri ke kanan: Dato' Alwie Mohd,Dr.Fairuz Khairuddin dan YB Haji Khazan Che Mat.

Bagi Dato'Alwi (gambar kecil) pula.beliau banyak menceritakan tentang gaya kerja yang terpaksa dihadapi oleh beliau semasa parti PAS memerintah diTerengganu pada 1999 hingga 2004 dulu.Pelbagai kerenah yang beliau hadapi selaku Pegawai Daerah Dungun daripada pihak JSR yang dilantik oleh parti PAS selaku penjaga kampung.Banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pihak PAS semasa mengambil alih pemerintahan Terengganu dulu,tambah beliau lagi.Beliau juga menyeru agar orang melayu terus bersatu dan sentiasa berlindung dibawah agama Islam demi perpaduan masyrakat Melayu.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
 

 
 
 
 
 
 
 
Sebahagian hadirin yang hadir untuk bersama-sama dalam Majlis Info Komuniti 1Malaysia sempena Maal Hijrah 1433H anjuran Komuniti Bestari Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka.

BATU RAKIT (9/12/2011)- Seramai 500 orang telah hadir untuk bersama-sama didalam Majlis Info Komuniti 1Malaysia Sempena Maal Hijrah 1433H Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka yang telah dirasmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini turut didakan ceramah berkenaan Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu.

YB Haji Khazan Che Mat (kiri) menerima cenderahati dari Pengerusi Komuniti Bestari 1Malaysia Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar (kanan).
Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap agar sempena kedatangan Maal Hijrah 1433 ini,masyarakat didalam Dun Batu Rakit turut bersama-sama berhijrah kearah yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih selesa. Kerajaan juga menurut beliau telah banyak berhijrah dari masa ke semasa untuk membawa perubahan kepada masyarakat.Dengan keinginan untuk sentiasa berhijrah demi meningkatkan taraf sosial kehidupan,ianya amat dituntut oleh Islam,tambah beliau lagi.

Dari kiri ke kanan: Encik Khairul Anuar,YB Haji Khazan,Sarjan Mohd Abu Bakar dan Encik Zubir

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim pula,beliau memaklumkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang amat dikagumi oleh banyak negara islam yang lain kerana ianya telah maju dan berjaya.Perhijrahan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan negara amat dituntut oleh agama dan ianya telah membawa kepada satu kejayaan yang cemerlang.Disamping itu juga beliau mengharapkan agar para hadirin agar sentiasa menanam sikap untuk berhijrah demi kebaikkan dari masa ke semasa dan tidak hanya berpuas hati dengan apa yang ada pada ketika ini. Perhijrahan untuk sebuah kejayaan menurut beliau lagi adalah salah satu pergorbanan yang pasti akan membawa kejayaan.

Ustaz Abdul Halim menyampaikan ceramah berkenaan Hijrah dalam Islam.


Para penduduk yang hadir sedang mendaftar untuk nama cabutan bertuah.
Pada majlis ini juga cabutan nama bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat para penduduk. Majlis yang berakhir pada jam 5.00 petang ini turut dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,isteri Adun Batu Rakit,Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


 
Didalam program ini juga satu penerangan berkenaan Bajet 2012 telah diberikan oleh Pegawai Penerangan Daerah iaitu Encik Zubir. Menurut beliau,penerangan yang berterusan ini adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat agar lebih faham apa yang telah diberitahu oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini. Ianya juga bertujuan agar rakyat tidak mudah terpesong dengan dakwaan pihak pembangkang berkenaan bajet tersebut.

Program Kesedaran Alam Sekitar
(Gotong-royong Perdana JKKK Pantai Batu Rakit)

Para pelajar Unisza,Alam,MBKT dan penduduk kampung merakam kenangan bersama selepas selesai program gotong-royong. 

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 18/11/2011- Bagi menjayakan hasrat kerajaan Negeri agar memastikan kawasan awan sentiasa bersih,JKKK Pantai Batu Rakit telah menjalankan satu kempen kesedaran alam sekitar sebagai usaha menyokong program tersebut.

Para pelajar Unisza sedang mengutip sampah dipersisiran pantai. 

Bersama-sama pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA),Akedemi Laut Malaysia (ALAM),Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan anggota Balai Polis Batu Rakit satu Gotong-royong Perdana telah dijayakan disekitar kawasan pantai,tanah perkuburan dan juga kediaman bagi memastikan alam sekitar dijaga dengan sempurna.Program yang turut mendapat sambutan daripada para penduduk kampung ini juga turut dihadiri oleh mantan Pengarah Trevicosta Dato' Haji Wan Zahari Wan Ngah,Penghulu Mukim Bandar Mohd Zamari Abu Zih,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Tengah Encik Mohd Zazarin Abdul Ghani dan wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.Hampir 150 orang telah bersama-sama menjayakan program ini yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

 Penduduk kampung turun beramai-ramai untuk bersama-sama JKKK Pantai membersihkan pantai dan taman reakrasi.

Para pelajar Akedemi Laut Malaysia (ALAM) sedang mengangkat sampah bersama-sama. 

 Kanak-kanak turut hadir bersama-sama untuk bergotong-royong.

Dato'Azahari (berbaju putih) mantan Pengarah Trevel Costa turut turun padang bersama Penghulu-Penghulu Mukim.

Mesin Case digunakan untuk membersihkan semak samun. 

Para pelajar UNIsZA berehat selepas penat bergotong-royong.


Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

 
Kaji Selidik Ibu Tunggal bersama YPK

 Para ibu tunggal khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 9/11/2011- Hampir 80 orang ibu tunggal Dun Batu Rakit telah hadir pada program Kaji Selidik Ibu Tunggal yang telah dianjurkan oleh Yayasan Pembengunan Keluarga (YPK) di Dewan Sivik Bukit Chempaka. Program yang bermatlamat untuk mengenal pasti segala kelemahan dan keperluan yang diingini oleh para ibu tunggal telah diresmikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd selaku wakil kepada YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit.

Para Pengerusi JKKK Peti Undi Bukit Chempaka dan Pengerusi JKKK Mengabang Panjang (kiri sekali) turut bersama hadir.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd,beliau menyarankan agar setiap ibu tunggal agar sentiasa meluangkan waktu untuk hadir pada setiap program yang dijalankan oleh pihak kerajaan.Menurut beliau,banyak maklumat yang pasti akan diperolehi oleh ibu tunggal apabila menghadiri program-program tersebut.Beliau turut mengharap agar setiap ibu tunggal tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang untuk meraih undi pada pilihanraya nanti.Apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan tambah beliau telah banyak membantu masyarakat dan juga para ibu tunggal.

Dari kiri ke kanan: Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd dan Pegawai YPK Kawasan Setiu Encik Wan Zul Fadli Wan Mustafa.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim.Sementara itu pula Encik Wan Fadli Wan Mustafa Pegawai YPK Kawasan Setiu bertindak sebagai pemberi taklimat untuk melicinkan program tersebut.Turut bersama hadir pada program ini ialah Pengerusi-Pengerusi JKKK Peti Undi Bukit Chempaka,Peti Undi Padang Kemunting,Pengerusi JKKK Gong Lingai,Pengerusi JKKK Mengabang Panjang dan juga APMT Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


Gotong-Royong JKKK Panchur Sejuk


Para Ajk JKKK Panchur Sejuk dan sebahagian dari penduduk yang hadir pada Program Gotong-Royong JKKK Panhcur Sejuk.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) 4hb November 2011- Para penduduk dan JKKK Panchur Sejuk telah bersama-sama untuk mengadakan gotong-royong untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan di alur sungai Kampung Panchur Sejuk.Hampir 50 orang telah keluar menjayakan program ini walaupun hujan turun membasahi bumi.



Mesin Case digunakan untuk membersih alur sungai.


Para penduduk Kampung JKKK Panchur Sejuk sedang menebas semak samun.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan