Lawatan Bermaklumat Pelajar Universiti of East London
Para pelajar U.K merakam kenangan bersama penduduk Kampung Bukit Wan
BUKIT WAN (14/4/2012) Seramai 6 orang pelajar dan 3 orang Penutur Jati (TELL) dari Universiti of East London United Kingdom telah melakukan Lawatan Bermaklumat di Kampung Bukit Wan. Program yang diketuai oleh Dr.Alan Turnbull sebagai Pengurus Projek adalah selama seminggu di Malaysia dan 3 hari 2 malam di Terengganu.
Jawatankuasa JKKK Bukit Wan bergambar kenangan bersama para pelajar U.K
Menurut Dr.Alan,tujuan lawatan utama ke Kampung Bukit Wan adalah untuk para pelajar beliau mengenali dan mempelajari budaya kehidupan masyarakat kampung dengan lebih dekat. Dengan keramahan dan sikap mesra yang ditunjukkan oleh para penduduk kampung,amat membanggakan dan memudahkan para pelajar beliau untuk beramah mesra.
Mendengar taklimat berkenaan tentetif lawatan dari Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Dalam lawatan ini juga para pelajar tersebut telah diajar bermain permainan tradisional kampung seperti permainan congkak dan juga gasing pangkah.Para pelajar turut dihidang air kelapa dan makanan tradisi orang kampung.
Bermain permainan tradisional iaitu permainan congkak dengan penduduk kampung.
Bagi Dr.Alan,beliau amat teruja dengan sambutan dan layanan mesra yang diberikan oleh para penduduk kampung walaupun masa lawatan sangat terhad. Beliau turut menguncapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung yang hadir dan juga kepada JKKK Bukit Wan yang menrencana program lawatan dengan sebaik mungkin.
Para pelajar U.K sedang menikmati jamuan di Taman Herba Kampung Bukit Wan
Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA
Bantahan dan Laporan Polis Program Seksualiti Merdeka 2011
Ahli Kelab Sukan Komuniti Dun Batu Rakit melakukan piket didepan Balai Polis Batu Rakit membantah penganjuran Program Merdeka Seksualiti 2011.
BATU RAKIT( PADANG POLIS) 3hb November 2011- Bertempat di Balai Polis Batu Rakit,satu laporan polis telah dibuat untuk bantahan Program Seksualiti Merdeka 2011 yang akan diresmikan oleh Datuk S Ambiga pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).Program yang akan dianjurkan di Galeri Annexe Kuala Lumpur pada 1 hingga 13 November telah mendapat bantahan dari seluruh parti-parti politik di Malaysia.Bantahan yang dilakukan oleh Kelab Sukan Komuniti Dun Batu Rakit ini telah dilakukan pada jam 6.00 petang.
Menurut Encik Nazri Mamat selaku Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Dun,bantahan ini dilakukan kerana ianya dianggap melampau dan mengiktiraf golongan gay,lesbian,bisexual,transgender dan intersex yang didapati melanggar perlembagaan negara sebagai sebuah negara islam.Beliau yang menjadi jurucakap bagi kelab tersebut,turut mahukan pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak penganjur yang disifatkan sebagai menghina yang Dipertuan Agong.Menurut beliau lagi,bukan sekadar badan-badan bukan kerajaan (NGO) sahaja yang membantah program tersebut tetapi hampir semua parti pembangkang turut menuntut agar program Seksualiti Merdeka 2011 ini dihentikan."Banyak kenyataan-kenyataan akhbar telah dikeluarkan tanda protes pada program tersebut semenjak sehari dua ini" ujar beliau.Bagi beliau perkara seumpama ini amat serius dan perlu ditentang habis-habisan demi menjaga kedaulatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan