INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Selasa, 1 November 2011

SUKAN DAN RIADAH

GOTONG-ROYONG PANTAI BATU RAKIT
Para pelajar Asrama Darul Akhyar sedang mengutip sampah dipantai.


PANTAI BATU RAKIT-14/4/2012 Seramai 200 orang yang terdiri dari Pengerusi - pengerusi JKKK Peti Undi Batu Rakit dan juga Mengabang Lekor serta APMT Dun dan pelajar-pelajar Asrama Darul Akhyar MAIDAM telah turun bersama untuk menjayakan program gotong-royong sempena Program Komuniti 1 Malaysia yang dianjurkan bersama Pejabat Penerangan dan juga Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.

Pekerja Bandaraya sedang memesin rumput. 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut bersama hadir menjayakan gotong-royong ini dengan menyediakan peralatan dan juga para pemesin rumput.Program Komuniti 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20 dan 21hb April aadalah sinambungan program yang dilakukan pada tahun lepas iaitu Mini Karnival Dun Batu Rakit.

 Sampah-sampah yang telah diisi kedalam beg sampah dimasukkan ke dalam lori sampah Bandaraya.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


Pertandingan Memancing Tertutup Kampung Pasir Puteh.


 Para pemuda selaku urusetia pertandingan merakam kenangan bersama Haji Kamaruddin Mohd dan Pengerusi JKKK Pasir Puteh serta para pemenang pertandingan memancing.

PASIR PUTEH (13/4/2012) Dalam merancakkan aktiviti kampung,pemuda turut memainkan peranan selain JKKK. Ini yang dilakukan oleh pemuda Kamung Pasir Puteh,Batu Rakit apabila menganjurkan Pertandingan Memancing Tertutup Kampung Pasir Puteh.Pelbagai lapisan  umur telah turut menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada kanak-kanak,dewasa,wanita dan juga warga emas. Jumlah sebanyak 171 batang joran penyertaan turut mengambarkan sambutan yang diberikan oleh para penduduk amat meriah.

Sebahagian para peserta menggunakan payung untuk berlindung dari panas. 

Pada pertandingan ini, seorang surirumah Puan Siti Zaleha Ibrahim telah berjaya menjadi juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200.00. Ikan keli seberat 320 gram telah berjaya dinaikkan oleh Puan Siti Zaharah. Bagi tempat kedua pula Encik Zahari Said telah berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM150.00 apabila berjaya menaikkan ikan haruan seberat 290 gram. Encik Mamat Omar pula yang menaikkan ikan haruan seberat 195 gram telah membawa pulang wang tunai RM100.00 bagi tempat ketiga.  

 Menanti dengan sabar umpan disambar ikan.

Bagi tempat keempat pula hadiah RM70.00 dan tempat kelima sebanyak RM50.00. Tempat keenam hingga kesepuluh RM20.00 telah diberikan kepada peserta yang memenangi tempat tersebut. Sebanyak 20 hamper juga telah disediakan kepada para peserta untuk cabutan nama bertuah.

 Pengerusi JKKK Pasir Puteh Adam Ismail (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pemenang tempat pertama Siti Zaleha Ibrahim menerima hadiah kemenangan dari Haji Kamaruddin Mohd.


Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi JKKK Pasir Puteh Haji Adam Ismail dan juga wakil Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd yang juga merupakan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.Pertandingan yang bermula jam 3.00 petang ini telah berakhir pada jam 6.00 petang.


Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA




Mexico Benam Brazil Di Padang Kemunting...


Barisan pemain 'Mexico' (berbaju merah) dan 'Brazil' (berbaju kuning) merakam kenangan bersama para Pengerusi-Pengerusi JKKK Peti Undi Padang Kemunting sebelum sepak mula perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Musim Boh Tertutup Kampung Padang Kemunting 2011.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 16/12/2011 Keegoan pasukan 'Brazil' dengan rekod tanpa kalah akhirnya lebur ditangan pasukan 'Mexico' pada perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Musim Boh Tertutup Kampung Padang Kemunting. Kemenangan 3 -1 yang diraih oleh pasukan Mexico berjaya membawa pulang hadiah kemenangan selaku juara sebanyak RM300.00. Bagi pasukan Brazil pula,sebanyak RM200.00 telah diterima selaku naib juara. Manakala pasukan England dan Belanda pula telah berjaya meraih tempat ketiga dan keempat dengan wang tunai sebanyak RM100.00 bagi setiap pasukan. Para pemain bawah 12 Tahun bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan pertunjukkan.

Pada perlawanan akhir tersebut,pasukan Mexico terlebih dahulu melancarkan serangan kearah pintu gol pasukan Brazil. Dengan keadaan padang yang becak,kedua-dua pasukan saling berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang akan membawa padang. Namun pada minit yang 6 separuh masa pertama,gol pasukan Brazil telah ditembusi oleh penyerang Mexico apabila penjaga gol tersilap menjangka hantaran yang dilakukan oleh pemain tengah Mexico. Kesempatan itu pantas digunakan oleh penyerang Mexico untuk merembat masuk bagi gol pembukaan perlawanan.

Wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman (kanan) menyampaikan hadiah kepada Pengurus pasukan England yang menduduki tempat ketiga.

Memasuki separuh masa kedua,pasukan Mexico berterusan melancarkan serangan untuk mencari gol tambahan.Pada minit yang ke 11,pemain tengah pasukan Mexico telah melepaskan satu rembatan padu yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Brazil. Gol itu telah melemahkan semangat para pemain Brazil untuk melancarkan serangan. Keaadaan sedemikian telah digunakan sebaik mungkin oleh Mexico untuk menambah gol yang ketiga pada minit yang 12. Kelalaian pertahanan pasukan Mexico telah membawa padah apabila pasukan Brazil berjaya memperolehi gol saguhati pada minit terakhir perlawanan. Dengan kemenangan 3-1,Mexico berjaya ditabalkan menjadi juara pada edisi yang pertama Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Musim Boh ini.

Pengerusi JKKK Tanjung Kedepan Encik Zahid menyampaikan hadiah kepada pengadil.

Pada perlawanan separuh akhir terdahulu,pasukan Mexico berjaya menewaskan pasukan England dengan keputusan penalti 3-1. Manakala pasukan Brazil pula berjaya menewaskan pasukan Belanda juga dengan sepakan penalti 2-0.Sebelum perlawanan akhir berlangsung,satu perlawanan pertunjukkan bagi kanak-kanak 12 tahun kebawah telah diadakan.

Pemain Brazil berjersi kuning cuba melepasi benteng pertahanan pasukan Mexico.

Pertandingan yang bermula pada jam 8.30 pagi ini di Padang Bola Kampung Padang Kemunting telah berakhir pada jam 6.00 petang. Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh para Pengerusi-Pengerusi JKKK Peti Undi Padang Kemunting dan juga wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan