INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Selasa, 1 November 2011

AGAMA




QARI DAN QARIAH MUDA JUARA AL-QURAN PERINGKAT DAERAH

Qari dan Qariah juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu Tahun 1433H/2012M Encik Abdul Alim Zakaria (depan kiri) dan Nor Jannah Ab.Rahman merakam kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (kanan belakang) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Nawawi Haji Wan Ismail (tengah belakang) serta Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( kiri belakang).

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 3/4/2012- Seramai 8 orang peserta yang terdiri dari 4 orang qari dan 4 orang qariah telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kuala Terengganu tahun 1433H bersamaan 2012M di Kampung Bukit Wan. Majlis yang diadakan disebelah masjid Bukit Wan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu serta Pusat Khidmat Dun Batu Rakit. 
YB Haji Khazan (tiga dari kiri) dan Tuan Haji Wan Nawawi (dua dari kanan) bersama- sama daif-daif jemputan 
Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit. Tuan Haji Wan Nawawi Haji Wan Ismail Pegawai  Daerah Kuala Terengganu yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa MajlisTilawah turut bersama hadir menyampaikan ucapan alu-aluan.
 Peserta pertama yang memperdengarkan bacaan ayt-ayat suci al-quran Encik Abdul Alim Zakaria dari KampungSeberang Takir telah berjaya muncul sebagai juara tilawah.

Dengan markah yang diperolehi sebanyak 81 markah,Encik Abdul Alim Zakaria 26 tahun dari Kampung Seberang Takir telah berjaya muncul sebagai juara tilawah kali ini dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM2,000.00 bersama piala iringan. Beliau turut layak mewakili Daerah Kuala Terengganu ke Pertandingan Tilawah peringkat negeri di Kemaman nanti. Encik Kamaruzaman Daud juga 26 tahun dari Jalan Pusara Kuala Terengganu telah menjadi naib juara tilawah dengan perbezaan satu markah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00.Bagi tempat ketiga pula yang beroleh sebanyak 74 markah,Encik Mohd Rifin Sulong dari Kampung Gelugor Kedai berjaya membawa pulang wang tunai Rm800.00.Manakala tempat keempat pula jatuh kepada Encik Abdul Hadi Che Ab.Halim dengan markah sebanyak 72.5 markah.Beliau mendapat sebanyak RM400.00.

 Cik Nor Jannah Abd.Rahman 21 tahun dari Taman Emawan Kampung Kubang Ikan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bagi ketegori qariah pula,peserta termuda yang berumur 21 tahun Cik Nor Jannah Abd.Rahman dari Kampung Kubang Ikan telah berjaya muncul sebagai juara.Beliau yang mendapat sebanyak 75 markah berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000.00 dan juga piala iringan serta mewakili daerah Kuala Terengganu ke pertandingan tilawah peringkat negeri nanti.

 Para penonton yang hadir menyaksikan majlis tilawah hampir 1,000 orang.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Hajjah Rogayah Mohamad 54 tahun yang berasal dari Kampung Tualang Manir.Beliau yang mendapat 75.2 markah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00. Bagi tempat ketiga pula Hajjah Fatimah Embong dari Kampung Paya Terung berjaya mendapat wang tunai sebanyak RM800.00 setelah mendapat 69 markah. Dengan mendapat 63markah,Hajjah Maznah Endut dari Kampung Banggol Tok Jiring hanya mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM400.00.

 Para panel juri pertandingan sedang mendengar bacaan yang disampaikan oleh para qari dan qariah.

 YB Haji Khazan menyampaikan piala iringan kepada juara tilawah Encik Abdul Alim Zakaria.

 Cik Nor Jannah menerima piala iringan dari YB Haji Khazan sambil diperhatikan oleh Wan Nawawi dan pegawai jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Encik Abdul Alim dan Nor Jannah bersama piala iringan yang dimenangi.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Solat Sunat Gerhana Bulan.


Solat sunat Gerhana Bulan dilakukan dan diimankan oleh Ustaz Abdul Halim Awang.


BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 10/12/2011- Sempena bulan gerhana penuh yang berlaku,solat sunat dan bacaan khutbah telah didakan di seluruh masjid-masjid didalam Dun Batu Rakit. Bertempat dimasjid Kampung Darat Batu Rakit,YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit telah turut bersama-sama hampir 50 jemaah untuk menunaikan solat sunat tersebut.
YB Haji Khazan (tiga dari kiri) turut bersama menunaikan solat sunat gerhana bulan.


Solat sunat ini telah diimankan oleh mantan Timbalan Mufti Terengganu Ustaz Abdul Halim Awang yang kini menjadi penceramah bebas.Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau sebelum menunaikan solat tersebut,beliau mengajak agar para jemaah agar sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian yang berlaku pada alam ini. Tanda kebesaran Allah perlu dihayati dengan penuh tawakal dan keimanan kata beliau lagi.
Ustaz Abdul Halim Awang mantan Timbalan Mufti Terengganu.
Beliau juga mengajak agar para jemaah sentiasa bersatu padu didalam setiap perkara yang dilakukan demi untuk kebaikkan semua."Dengan bersatupadu kita akan menjadi bangsa yang kuat dan tidak mudah menyerah kalah serta tunduk kepada pihak lain" tambah beliau lagi.Solat sunat gerhana bulan ini juga turut dihadiri oleh para jawatankuasa pemuda Dun Batu Rakit dan juga anggota APMT Dun Batu Rakit.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA





KORBAN JKKK PANTAI BATU RAKIT


 Ajk JKKK sedang melapah daging lembu untuk dibahagi dan diagihkan kepada penduduk kampung

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 8/11/2011- Sempena Hari Raya Qorban 1432 Hijrah,JKKK Pantai Batu Rakit turut mengadakan ibadat korban di Balai Raya Pantai hari ini. Majlis yang diadakan pada jam 8.30 pagi ini turut dihadiri hampir semua AJK JKKK Pantai.


Menurut Pengerusi JKKK Pantai Encik Mohamad Harun,daging korban akan dibahagikan kepada para penduduk kampung agar semua penduduk dapat merasai korban yang dibuat oleh JKKK kali ini. Beliau menambah,ini adalah kali pertama sepanjang beliau menjadi Pengerusi JKKK dapat melakukan ibadat korban.


Bersama-sama membantu dalam menyembelihkan lembu.

Beliau berharap agar pada tahun hadapan JKKK Pantai akan dapat mengadakan lagi ibadat korban seperti ini dengan sokongan dari semua pihak.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA



Sembelihan dan Agihan Daging Korban

 YB Haji Khazan,Haji Kamaruddin Mohd dan Encik Nazri Mamat sedang memegang lembu yang sedang dilapah oleh para pertugas.

BATU RAKIT (MENGABANG BAKONG) 7/11/2011- Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit pada Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah.Program tahunan Pemuda Dun ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Setiu dan juga Haji Kamaruddin Mohd selaku Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun.


Para pertugas sedang melapah lembu.


Para pemuda sedang memotong daging yang telah dilapah untuk diagihkan

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA



Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Chempaka.
Tempat: Masjid Bukit Chempaka,Batu Rakit.
Tarikh: 3hb November 2011.Masa:7.00 hingga 8.30 malam.
Penceramah: Ustaz Habibi Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu.
Anjuran: Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.
Kehadiran: 200 orang.
Turut hadir: YB Haji Khazan Che Mat Penegerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,Pegawai Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd,Wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit,Penyelaras Pemuda Dun dan Jawatankuasa serta Pemuda-pemuda Cawangan Bukit Chempaka.


Jemaah bersama-sama menadah dan mengaminkan doa memohon keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Ustaz Habibi Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu.


YB Haji Khazan bersalaman dengan para jemaah selepas solat isyak.


Bersama-sama menjamu selera dengan para jemaah.


Para jemaah sedang menikmati hidangan makan malam.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan