INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Khamis, 26 Julai 2012

JKKK BUKIT WAN


Pengerusi JKKK Bukit Wan: Haji Chek Harun Ismail (60 tahun)
Pendidikan: Lepasan SPM/Sekolah Arab Senawi
Nama Isteri: Zahiyah Sulong (48 tahun)
Keluarga: 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan)
Jawatan yang diamanahkan;
Pengerusi JKKK Bukit Wan (2004-kini)
Pengerusi Masjid Bukit Wan (2010-kini)
Pengerusi KRT Bukit Wan (2008-kini)
Ketua Umno Cawangan (1992-kini)

Kampung Bukit Wan adalah merupakan sebuah kampung yang terletak diantara Sungai Tepoh dan Sungai Kuala Nerus pada masa dahulu. Salah seorang pendekar dari keturunan raja iaitu Wan Seman telh dikatan orang yang mula-mula membuka perkampungan di Bukit Wan. Nama beliau telah diabadikan sebagai  nama kampung bagi mengenangkan jasa yang telah dilakukan.
Bermula dari sebuah perkampungan dusun,kini kampung Bukit Wan telah menjadi sebuah kampung yang maju dan terkenal hampir diseluruh Malaysia. Pembangunan yang kian mendatang dari masa ke semasa turut merubah infrastruktur di kampung tersebut.
Pelbagai perubahan kini telah dinikmati oleh hampir 500 orang penduduk dibawah kepimpinan Pengerusi JKKK Haji Chek Harun Ismail. Nama Kampung Bukit Wan terus gah dipersada dalam negeri dan luar negara.
Bermula pada tahun 2009,setelah menduduki tempat ketiga Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung,JKKK Bukit Wan terus melangkah untuk memajukan lagi segala infrastruktur kawasan kampung tersebut.Dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan sepenuhnya oleh para penduduk kampung,akhirnya terbukti apabila Kampung Bukit Wan menjadi JKKK pertama Dun Batu Rakit memenangi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010/2011.
Mengorak langkah diatas kemenangan itu,Kampung Bukit Wan terus didatangi pelbagai projek,agensi-agensi kerajaan dan swasta serta JKKK luar negeri untuk melihat sendiri keindahan dan cara pembangunan yang dilakukan oleh JKKK.
Bagi Pengerusi JKKK Bukit Wan, apa yang dicapai dan dinikmati adalah usaha serta kerjasama yang telah diberikan oleh seliruh penduduk Kampung Bukit Wan.
Bantuan dan sokongan dari pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah,Majlis Bandaraya,Pusat Khidmat Dun serta sokongan yang tidak berbelah bagi dari Adun Batu Rakit turut menjadikan Kampung Bukit Wan terus gah.Pelbagai IPTA dan IPTS turut menagdakan pelbagai program di Kampung Bukit Wan.


Barisan JKKK Bukit Wan


JKKK Bukit Wan dan JKKK Lorong Terkukur bergambar kenangan.


Mercu tanda Kampung Bukit Wan.

Anugerah-Anugerah yang telah dimenangi JKKK Bukit Wan

2009- Tempat Ketiga Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
2010- Tempat Pertama Anugerah JKKK Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011-Tempat Pertama Anugerah JKKK Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011-Tempat Pertama Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011- Tempat Pertama Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu
2011-Tempat Kedua Pertandinagn Kebersihan Kubur Peringkat Negeri Terengganu
2011-Tempat Kedua Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Masjid peringkat Daerah Kuala Terengganu.


Ahad, 8 April 2012

BATU RAKIT SINGGAHAN KEMBARA SOLO (BERJALAN KAKI)

 Encik Khairul Mushaddad (tengah) merakam kenangan bersama Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat (tiga dari kanan),Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah (tiga dari kiri),Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan wakil pemuda serta penduduk kampung sebelum memulakan kembali perjalanan ke Kuala Nerus.
BATU RAKIT 6/4/2012- Kecekalan hati seorang pemuda yang bernama Encik Khairul Mushaddad Mohamed ,yang hampir empat bulan meneruskan Program Kembara Solo ke seluruh Malaysia telah membawa beliau singgah berehat seketika di Batu Rakit. Program yang bermula pada 16 Disember 2011 di bandar Johor Baharu ini,telah disambut oleh Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah dan juga Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.Menurut Encik Khairul Mushaddad,tujuan utama program ini ialah untuk memperkenalkan tempat-tempat pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia. Beliau yang juga pernah mengelilingi dunia melalui 24 buah negara,merupakan orang pertama diMalaysia yang menjadi pejalan kaki secara solo mengelilingi Malaysia.Dinasti pertama beliau tiba di Terengganu melalui Kelantan ialah di Daerah Besut dan meneruskan perjalanan melalui Parlimen Setiu sebelum singgah ke Batu Rakit.Menurut beliau lagi,program ini ialah untuk menyahut dan menyokong Program Tranfomasi Kerajaan (GTP) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.Hampir empat bulan telah beliau mengembara melalui Pantai Barat dan kini beliau meneruskan perjalanan pulang ke Johor Baharu melalui Pantai Timur.Beliau turut membawa amanah pihak urusetia penaja program iaitu Majlis Belia Felda Malaysia untuk bersama memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Setiap kampung yang dilawati akan dipromosikan sebagai tempat pelancongan untuk meanrik lebih ramai para pelancong luar negara datang ke Malaysia,tambah beliau lagi.Sementara itu bagi Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,beliau amat berharap agar lebih ramai para pemuda akan tampil untuk mencuba kembara solo yang dilakukan oleh Encik Khairul Mushaddad ini. Dengan pengembaraan seperti ini,ianya dapat mengajar para pemuda agar cekal dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian,kata beliau.Beliau turut berharap agar sokongan dan bantuan akan sentiasa diberikan kepada Encik Khairul Mushaddad untuk meneruskan kembara beliau dimasa hadapan."Dengan cara begini dan sokongan daripada pihak kerajaan,ianya akan dapat membuka minda dan fikiran para pemuda untuk turut sama  bersaing didalam mencipta nama dipersada dunia" tambah Encik Nazri lagi. 
Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

Sabtu, 31 Disember 2011

Malam Nur Hijrah tarik 1,500 pengunjung.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bersama YB Haji Khazan berselawat dengan Kumpulan Raihan diatas pentas diakhir persembahan pada Malam Nur Hijrah 1433 di Dataran Perumahan R.A.K.R Mengabang Lekar.

BATU RAKIT (29/12/2011) R.A.K.R MENGABANG LEKAR- Kedatangan Kumpulan Nasyid Raihan telah berjaya menarik 1,500 orang penduduk Dun Batu Rakit untuk memeriahkan Malam Nur Hijrah Batu Rakit yang diadakan di Dataran Perumahan Awan Kos Rendah Mengabang Lekar. Program tahunan yang bercorak kerohanian ini merupakan yang ketiga telah dianjurkan oleh Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.

Pemenang cabutan bertuah mega pakej menunaikan umrah Encik Jaafar Mahmud (kanan) menerima replika tiket dari YB Haji Khazan Che Mat (kiri)

Selain kumpulan Raihan yang mengadakan persembahan,Malam Nur Hijrah ini juga turut diisi dengan persembahan Nasyid oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting,Bicara Halaqah,Anugerah Tokoh Nur Hijrah dan juga cabutan nama bertuah.Program yang bermula jam 9.00 malam ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan dari JKKK Tanjung.
 Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) menerima anugerah Tokoh Nur Hijrah dari YB Haji Khazan.
Hajah Wan Maznah Wan Nong Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu merangkap Penyelaras Pergerakan Wanita Dun Batu Rakit telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Nur Hijrah pada kali ini. Sementara itu bagi organisasi berkumpulan pula,JKKK Kampung Bukit Wan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas setelah berjaya mengharumkan nama Batu Rakit diperingkat Negeri Terengganu.

Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan Haji Chek Harun menerima plak anugerah khas dari YB Haji Khazan.

Dalam slot Bicara Halaqah yang menjadi acara sampingan,tiga ahli panel yang diketuai oleh YB Haji Khazan selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza),Ustaz Abdul Halim Awang dan juga Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong.
 
Ustaz Abdul Halim Awang menerima cenderahati dari YB Haji Khazan.

Malam Nur Hijrah ini juga turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah mega berupa Pakej Menunaikan Umrah untuk seorang yang telah dimenangi oleh Bendahari JKKK Kampung Hilir Darat Encik Jaafar Mahmud. Barangan letrik seperti peti ais,mesin basuh dan juga periuk letrik turut disediakan untuk menarik kehadiran penonton.
Ribuan penduduk yang hadir untuk memeriahkan Malam Nur Hijrah Dun Batu Rakit.

Program yang turut mendapat liputan daripada RTM Terengganu dan juga TV Hijrah ini turut dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua-ketua Cawangan Umno,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda,Ketua-ketua Puteri dan juga APMT Dun Batu Rakit.
 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting mempersembahkan nasyid tiga bahasa. Kumpulan Raihan memperdengarkan lagu-lagu nasyid.
Qari sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pembuka majlis Malam Nur Hijrah.
Barisan VIP sedang menyaksikan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.
Para Puteri Umno sibuk dikaunter pendaftaran nama cabutan bertuah.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting dan YB Haji Khazan merakam kenangan bersama Kumpulan Raihan selepas majlis raptai.
Pemuda sedang melakukan kerja-kerja persiapan pentas.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Ahad, 25 Disember 2011

Kepulangan YB Khazan dan Isteri disambut meriah..

Sunday, December 25, 2011

Kepulangan YB Khazan dan isteri disambut meriah..

YB Haji Khazan bersalaman dan bertanya khabar dengan para penduduk Batu Rakit yang setia menunggu ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

BATU RAKIT (25/12/2011)- Seramai 300 orang yang terdiri daripada para pemimpin seperti Pengerusi JKKK,Ketua Cawangan,Ketua Wanita,Ketua Puteri,Ketua Pemuda dan juga para penduduk Dun Batu Rakit berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM),Kuala Terengganu untuk menyambut kepulangan YB Haji Khazan Che Mat dan isteri dari menunikan umrah di Mekah.
Para penduduk dan juga pemimpin Dun Batu Rakit tidak melepaskan peluang bersalaman dengan YB Haji Khazan.
Beliau yang berada di Tanah Suci pada selama 8 hari telah berangkat ke sana pada 15 Disember baru-baru ini. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah dinantikan oleh para penduduk sejak jam 7.45. Beliau yang kelihatan ceria dan gembira sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Batu Rakit yang hadir menyambut kepulangan beliau.
YB Haji Khazan menolak troli setiba beliau di Balai ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Sabtu, 17 Disember 2011

JKKK Bukit Wan mahu mengukir sejarah lagi..


YB Haji Khazan (tengah) bersama panel hakim dan JKKK Bukit Wan sedang menyanyikan lagu negaraku sempena kehadiran panel hakim Anugerah Desa Cemerlang (ADC) ke Kampung Bukit Wan.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 11/12/2011- Selepas berjaya memenangi pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kampung Peringkat Negeri Terengganu pada tahun lepas,JKKK Bukit Wan terus mengorak langkah untuk berjaya pula didalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri pula pada tahun ini.Dengan barisan panel hakim yang diketui oleh Jabatan KEMAS Negeri,bermula jam 10.00 pagi satu rombongan penghakiman telah hadir ke Kampung Bukit Wan utuk menghakimi pelbagai sudut bagi Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2011.
YB Haji Khazan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang panel hakim.

Antara jabatan yang turut menjadi panel hakim ialah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah,Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT),Jabatan Pendidikan,Unit Maklumat Negeri,MARA dan juga Risda.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para panel hakim.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit,beliau amat gembira dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh JKKK Bukit Wan didalam mencapai kejayaan. Dengan hasrat untuk terus berjaya,semua pihak dan juga para penduduk kampung Bukit Wan telah bersatu tanpa mengira fahaman politik dan juga kedudukkan.Beliau turut berharap agar ianya akan menjadi satu contoh yang baik untuk semua JKKK Dun Batu Rakit didalam mengejar kejayaan.

Barisan koir Bukit Wan mempersembahkan lagu dihadapan panel hakim dibawah pimpinan saudara Ambak Ismail.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pejabat Dun Batu Rakit akan sentiasa membantu setiap JKKK untuk mencapai kejayaan. Dengan kejayaan yang telah diperolehi pada tahun lepas,beliau turut berhrap agar kejayaan akan terus diperolehi oleh JKKK Bukit Wan untuk mengharumkan lagi nama Batu Rakit diseluruh Malaysia.

YB Haji Khazan mengiringi barisan panel hakim ke Dewan Pusat KRT Bukit Wan.

Barisan bunga manggar dan pasukan marhaban menyambut kehadiran barisan panel hakim ADC.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Majlis Berkhatan Beramai-ramai pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka

Kanak-kanak yang akan berkhatan sedang dimandikan oleh YB Haji Khazan menggunakan paip bomba pada Majlis Berkhatan beramai-ramai Sekolah Rendah Bukit Chempaka.


BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 10/12/2011- Seramai 60 orang para pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka telah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai hari ini.Program anjuran bersama Persatuan ibubapa,JKKK sekitar dan pihak sekolah ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan dan Guru Besar Sekolah bersama-sama memandikan para pelajar yang akan berkhatan.
Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Bukit Chempaka,beliau amat berterima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh semua yang terlibat menjayakan program ini. Tanpa sumbangan daripada pihak-pihak tersebut,amat payah untuk pihak sekolah menjayakan program yang besar seperti ini,kata beliau. Dalam pada itu juga beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi hadir merasmikan program tersebut walaupun sibuk dengan jadual kerja selaku Exco kerajaan negeri.
YDP PIBG Wan Khairul Wan (tengah) menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.
Komitmen yang ditunjukkan oleh para ibubapa dengan hadir pada program ini sebagai pembakar semangat untuk anak-anak yang berkhatan juga turut diucapkan ribuan terima kasih oleh beliau kerana ianya mengambarkan sikap ambil cakna ibubapa kepada anak-anak adalah sangat baik.

Sebahagian ibubapa para pelajar yang hadir memberikan semangat untuk anak-anak mereka.

Sementara itu pula dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan, beliau amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Ianya jelas menunjukkan bahawa sekolah bukan hanya tempat untuk mencari ilmu akedemik sahaja tapi dapat juga memupuk satu semangat yang harmoni dikalangan para ibubapa yang bersama-sama hadir memberikan semangat untuk anak-anak mereka.

Para bapa dan pelajar bersalaman dengan YB Haji Khazan dan Guru Besar Sekolah sebelum majlis bermula.

Disamping itu juga ianya dapat menjimatkan kos yang akan ditanggung oleh para ibubapa jika ianya melakukan secara persendirian,tambah beliau lagi. Beliau turut mengharapkan agar program seumpama ini akan berterusan dari tahun ke tahun kerana ianya dapat memupuk satu semangat kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan juga ibubapa.Beliau turut akan membantu pihak sekolah selagi yang termanpu untuk terus merangkan program-program kemasyarakatan seperti ini,akhiri ucapan beliau.
Perarakan bunga manggar dan paluan kompang memulakan majlis Khatan Beramai-ramai Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini,telah dimulakan dengan para pelajar yang akan berkhatan diarak dengan paluan kompang dan juga bunga manggar dihadapan YB Haji Khazan bersama para ibubapa.Turut bersama hadir pada program ini YDP PIBG Encik Wan Khairul Arifin bin Dato' Hj.Wan Ibrahim,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan Pegawai Khas Pejabat Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd.

 
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Selasa, 1 November 2011

Dataran Bestari Bergegar Sorakan Peminat Bolasepak..


YB Haji Khazan (berjeket biru) hadir bersama-sama menyaksikan tayangan skrin besar Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia Terengganu melawan Negeri Sembilan di Dataran Bestari Padang Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 29hb Oktober 2011- Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan,Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan Pergerakan Pemuda Dun,Pergerakan Puteri Umno Dun serta APMT Dun Batu Rakit telah berkerjasama untuk mengadakan tayangan skrin besar kepada para peminat bolasepak yang tidak dapat pergi ke Stadium Shah Alam di Selangor.Dengan sokongan daripada YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang turut bersama-sama menyaksikan perlawanan tersebut,hampir 600 orang penduduk Dun Batu Rakit telah hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebahagian para penduduk yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bolasepak.


Bukan sekadar menyaksikan perlawanan bolasepak sahaja,Pusat Khidmat Masyarakat Dun juga turut menyembelih tiga ekor kambing untuk dihidangkan kepada para penonton yang hadir.Bermula dari jam 7.45 malam,tiga buah kanopy yang disediakan telah dipenuhi oleh penonton dari segenap lapisan.Walaupun hujan sesekali turun ketika perlawanan sedang berlangsung,namun ianya tidak diendahkan oleh segelintir para penyokong yang fanatik.Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan juga anggota Balai Polis Batu Rakit hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada pasukan bolasepak Terengganu.
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu.
Aksi spontan YB Haji Khazan (kiri) dan penonton apabila penyerang Terengganu hampir menjaringkan gol kedua.
Para penonton bersorak gembira meraikan gol tunggal pasukan Terengganu yang dijaringkan oleh Asyaari Samshudin.
YB Haji Khazan sempat ke belakang tabir untuk menonton perlawanan apabila hujan turun.
Tamat aksi separuh masa pertama,para penonton mengambil makanan untuk dinikmati.