INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Selasa, 1 November 2011

BUDAYA ILMU

SMAP PUTERI HADAPI PILIHANRAYA
 Para Puteri Umno Dun Batu Rakit merakam kenangan bersama tenagar pengajar Encik Shamsudin Azam (duduk empat dari kanan),Encik Kamal (duduk tiga dari kanan) dan Ketua Puteri Umno Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang Ngah (duduk empat dari kiri) pada Kursus SMAP di Dewan Serbaguna Maras,Batu Rakit.
BATU RAKIT( WAKAF CHATUR) 7/4/2012- Seramai 32 orang para Puteri Umno Dun Batu Rakit hadir pada kursus mengenai Sistem Maklumat Pengundi (SMAP) yang telah dianjurkan oleh Penyelaras Pergerakan Puteri Umno Dun Batu Rakit hari ini. Kursus yang disampaikan oleh Encik Shamsudin selaku Pengerusi SMAP Negeri yang dulu dikenali dengan nama SIKAP.
Puteri-puteri Peti Undi Batu Rakit sedang mempelajari tentang maklumat SMAP. 
Kursus yang bermula pada jam 9.30 pagi ini adalah untuk mendendahkan para pertugas peti undi mengenai sistem yang akan digunakan pada piliharaya nanti. Cara handbill dikeluarkan,nama pengundi disemak,semuanya diajar kepada para puteri yang akan memainkan peranan sebagai pertugas peti undi dipeti undi masing-masing bila tiba pilihanraya. 
Masih sempat posing bila gambar dirakam.
Menurut Puan Rosnari Awang Ngah yang bertindak sebagai Pengerusi Smart System Dun pada piliharaya nanti,seramai empat orang dari setiap peti undi diajar cara-cara membuat handbill dan semakkan daftar pemilih pada hari mengundi nanti.Sebanyak lapan peti undi yang ada didalam Dun Batu Rakit dan ianya akan melibatkan seramai 32 orang pertugas,tambah beliau lagi.

 Tekun- mendengar penerangan yang diajar oleh tenaga pengajar (berbaju hitam)
Dalam pada itu,menurut Encik Shamsudin Azam,kursus SMAP ini akan diajalnkan diseluruh negeri Terengganu bagi melicinkan perjalanan piliharaya nanti.Ianya juga bertujaun mengajar para puteri agar lebih bersedia didalam menghadapi cara untuk menyediakan handbill kepada para pengundi."Kita akan bergerak untuk mengajar para puteri agar mereka terus mahir dan tidak melakukan kesilapan didalam menjalankan peranan mereka bila pilihanraya tiba nanti" tegas beliau.
Mendengar dengan penuh minat apa yang diperkatakan oleh pengajar.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
Muhammad Syamin Izzat (tiga dari kanan) dan Syafiqah Athirah bergambar kenangan bersama ibubapa,Guru Besar (kiri sekali) dan juga YB Haji Khazan Che Mat (empat dari kanan).
BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 14/11/2011- "Bersama-samalah kita membantu para guru-guru sekolah didalam mendidik anak-anak kita untuk berjaya didalam bidang pelajaran" itulah pesan YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit yang juga Exco Agama dan Penerangan Negeri kepada para ibubapa pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Graduasi Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.

 Dari kiri ke kanan: Encik Halidan Awang,YB Haji Khazan,Guru Besar dan Penolong Guru Besar.
                                                                                                                                                                                                               Majlis yang diadakan dikantin sekolah tersebut telah bermula jam 9.00 pagi dengan ketibaan YB Haji Khazan disambut oleh paluan kompang.Dalam atucara program ini,pelbagai persembahan turut diadakan seperti bacaan ayat suci al-quran,sketsa dan juga persembahan nasyid. 

Sebahagian para ibu dan bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak yang menerima anugerah pelajar cemerlang. 
 Kanak-kanak pra sekolah segak bergaya dengan jubah sebelum menerima sijil mereka.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan lagi,beliau turut memklumkan bahawa kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memastikan para pelajar dapat belajar dengan baik.Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin demi menjadi pelajar yang gemilang,cemerlang dan terbilang.Beliau juga mahukan para ibubapa sentiasa mengambil cakna perihal pelajaran anak-anak agar mereka akan terus berjaya dan menjadi pemimpin yang berilmu suatu hari nanti.

YB Haji Khazan menyampaikan medal Muhammad Syamin Izzat yang telah berjaya dinobatkan sebagai tokoh murid SKBC 2011.


Pada majlis yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu Encik Halidan Awang ini,Mohammad Syamin Izzat bin Mohammad dari kelas 6 Pintar telah berjaya dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Murid 2011.Manakala bagi murid perempuan pula,Syafiqah Athirah binti Mohd Romzi juga dari kelas 6 Pintar telah berjaya dipilih menjadi Tokoh Murid. Manakala adik Rabi'atul Adawiyah binti Hasim dari kelas 1C telah berjaya memenangi Anugerah Tokoh Nilam Sekolah 2011.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


Hari Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas Dun Batu Rakit 2011

Kanak-kanak,guru dan juga para pembantu tabika Kemas merakam kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat selepas selesai program.


Hari Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas Dun Batu Rakit 2011.
Tempat: Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras Batu Rakit.
Tarikh: 10/11/2011. Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Majlis Perasmian Oleh: YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap Adun Batu Rakit.
Penerima Kanak-kanak: 130 orang dari 20 buah Tabika Kemas didalam Dun Batu Rakit.
Turut Hadir: Penolong Pengarah Kemas Encik Shafine Ismail,Pengerusi Tabika KEMAS Dun Batu Rakit Awang Endut dan Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman wakil Balai Polis Batu Rakit.
Kehadiran:300 orang.

Seorang kanak-kanak  menerima sijil dan cenderahati dari YB Haji Khazan.

Kanak-kanak sedang menunggu giliran untuk menerima sijil.

Para ibubapa yang hadir memberikan sokongan untuk anak-anak mereka.

Dari kanan ke kiri: Sarjan Tengku Mohd,Awang Endut,YB Haji Khazan dan Shafine Ismail.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan