YB Haji Khazan (berjeket biru) hadir bersama-sama menyaksikan tayangan skrin besar Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia Terengganu melawan Negeri Sembilan di Dataran Bestari Padang Polis Batu Rakit.
BATU RAKIT (PADANG POLIS) 29hb Oktober 2011- Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan,Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan Pergerakan Pemuda Dun,Pergerakan Puteri Umno Dun serta APMT Dun Batu Rakit telah berkerjasama untuk mengadakan tayangan skrin besar kepada para peminat bolasepak yang tidak dapat pergi ke Stadium Shah Alam di Selangor.Dengan sokongan daripada YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang turut bersama-sama menyaksikan perlawanan tersebut,hampir 600 orang penduduk Dun Batu Rakit telah hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Sebahagian para penduduk yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bolasepak.
Bukan sekadar menyaksikan perlawanan bolasepak sahaja,Pusat Khidmat Masyarakat Dun juga turut menyembelih tiga ekor kambing untuk dihidangkan kepada para penonton yang hadir.Bermula dari jam 7.45 malam,tiga buah kanopy yang disediakan telah dipenuhi oleh penonton dari segenap lapisan.Walaupun hujan sesekali turun ketika perlawanan sedang berlangsung,namun ianya tidak diendahkan oleh segelintir para penyokong yang fanatik.Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan juga anggota Balai Polis Batu Rakit hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada pasukan bolasepak Terengganu.
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu.
Aksi spontan YB Haji Khazan (kiri) dan penonton apabila penyerang Terengganu hampir menjaringkan gol kedua.
Para penonton bersorak gembira meraikan gol tunggal pasukan Terengganu yang dijaringkan oleh Asyaari Samshudin.
YB Haji Khazan sempat ke belakang tabir untuk menonton perlawanan apabila hujan turun.
Tamat aksi separuh masa pertama,para penonton mengambil makanan untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan