Encik Khairul Mushaddad (tengah) merakam kenangan bersama Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat (tiga dari kanan),Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah (tiga dari kiri),Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan wakil pemuda serta penduduk kampung sebelum memulakan kembali perjalanan ke Kuala Nerus.
BATU RAKIT 6/4/2012- Kecekalan hati seorang pemuda yang bernama Encik Khairul Mushaddad Mohamed ,yang hampir empat bulan meneruskan Program Kembara Solo ke seluruh Malaysia telah membawa beliau singgah berehat seketika di Batu Rakit. Program yang bermula pada 16 Disember 2011 di bandar Johor Baharu ini,telah disambut oleh Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah dan juga Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.Menurut Encik Khairul Mushaddad,tujuan utama program ini ialah untuk memperkenalkan tempat-tempat pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia. Beliau yang juga pernah mengelilingi dunia melalui 24 buah negara,merupakan orang pertama diMalaysia yang menjadi pejalan kaki secara solo mengelilingi Malaysia.Dinasti pertama beliau tiba di Terengganu melalui Kelantan ialah di Daerah Besut dan meneruskan perjalanan melalui Parlimen Setiu sebelum singgah ke Batu Rakit.Menurut beliau lagi,program ini ialah untuk menyahut dan menyokong Program Tranfomasi Kerajaan (GTP) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.Hampir empat bulan telah beliau mengembara melalui Pantai Barat dan kini beliau meneruskan perjalanan pulang ke Johor Baharu melalui Pantai Timur.Beliau turut membawa amanah pihak urusetia penaja program iaitu Majlis Belia Felda Malaysia untuk bersama memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Setiap kampung yang dilawati akan dipromosikan sebagai tempat pelancongan untuk meanrik lebih ramai para pelancong luar negara datang ke Malaysia,tambah beliau lagi.Sementara itu bagi Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,beliau amat berharap agar lebih ramai para pemuda akan tampil untuk mencuba kembara solo yang dilakukan oleh Encik Khairul Mushaddad ini. Dengan pengembaraan seperti ini,ianya dapat mengajar para pemuda agar cekal dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian,kata beliau.Beliau turut berharap agar sokongan dan bantuan akan sentiasa diberikan kepada Encik Khairul Mushaddad untuk meneruskan kembara beliau dimasa hadapan."Dengan cara begini dan sokongan daripada pihak kerajaan,ianya akan dapat membuka minda dan fikiran para pemuda untuk turut sama bersaing didalam mencipta nama dipersada dunia" tambah Encik Nazri lagi.
Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan