INFO TERKINI

Perjalanan... Abadi pada kehidupan... mencari pada pengalaman.. berlagu pada keresahan.. suka dan duka menjadi leraian.. Perjalanan.. arah dituju.. tiada disitu.. berlari-lari melangkah sembilu.. pedih terasa menusuk kalbu.. Perjalanan.. bahagia dicari.. mengabadi diri.. sujud dan tasbih menghitung hari.. agar doa sentiasa dimakbuli.. pada kepasrahan.. pada kerinduan.. agar hati sentiasa aman.. menghadap pada Tuhan.. temui sebuah kedamaian.. dalam menghitung sebuah perjalanan... takdir dan ketentuan.. iradat dan ketetapan.. nawaiiitu dan penghayatan.. agar menjadi seorang insan.. .

Khamis, 26 Julai 2012

JKKK BUKIT WAN


Pengerusi JKKK Bukit Wan: Haji Chek Harun Ismail (60 tahun)
Pendidikan: Lepasan SPM/Sekolah Arab Senawi
Nama Isteri: Zahiyah Sulong (48 tahun)
Keluarga: 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan)
Jawatan yang diamanahkan;
Pengerusi JKKK Bukit Wan (2004-kini)
Pengerusi Masjid Bukit Wan (2010-kini)
Pengerusi KRT Bukit Wan (2008-kini)
Ketua Umno Cawangan (1992-kini)

Kampung Bukit Wan adalah merupakan sebuah kampung yang terletak diantara Sungai Tepoh dan Sungai Kuala Nerus pada masa dahulu. Salah seorang pendekar dari keturunan raja iaitu Wan Seman telh dikatan orang yang mula-mula membuka perkampungan di Bukit Wan. Nama beliau telah diabadikan sebagai  nama kampung bagi mengenangkan jasa yang telah dilakukan.
Bermula dari sebuah perkampungan dusun,kini kampung Bukit Wan telah menjadi sebuah kampung yang maju dan terkenal hampir diseluruh Malaysia. Pembangunan yang kian mendatang dari masa ke semasa turut merubah infrastruktur di kampung tersebut.
Pelbagai perubahan kini telah dinikmati oleh hampir 500 orang penduduk dibawah kepimpinan Pengerusi JKKK Haji Chek Harun Ismail. Nama Kampung Bukit Wan terus gah dipersada dalam negeri dan luar negara.
Bermula pada tahun 2009,setelah menduduki tempat ketiga Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung,JKKK Bukit Wan terus melangkah untuk memajukan lagi segala infrastruktur kawasan kampung tersebut.Dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan sepenuhnya oleh para penduduk kampung,akhirnya terbukti apabila Kampung Bukit Wan menjadi JKKK pertama Dun Batu Rakit memenangi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010/2011.
Mengorak langkah diatas kemenangan itu,Kampung Bukit Wan terus didatangi pelbagai projek,agensi-agensi kerajaan dan swasta serta JKKK luar negeri untuk melihat sendiri keindahan dan cara pembangunan yang dilakukan oleh JKKK.
Bagi Pengerusi JKKK Bukit Wan, apa yang dicapai dan dinikmati adalah usaha serta kerjasama yang telah diberikan oleh seliruh penduduk Kampung Bukit Wan.
Bantuan dan sokongan dari pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah,Majlis Bandaraya,Pusat Khidmat Dun serta sokongan yang tidak berbelah bagi dari Adun Batu Rakit turut menjadikan Kampung Bukit Wan terus gah.Pelbagai IPTA dan IPTS turut menagdakan pelbagai program di Kampung Bukit Wan.


Barisan JKKK Bukit Wan


JKKK Bukit Wan dan JKKK Lorong Terkukur bergambar kenangan.


Mercu tanda Kampung Bukit Wan.

Anugerah-Anugerah yang telah dimenangi JKKK Bukit Wan

2009- Tempat Ketiga Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
2010- Tempat Pertama Anugerah JKKK Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011-Tempat Pertama Anugerah JKKK Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011-Tempat Pertama Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu
2011- Tempat Pertama Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu
2011-Tempat Kedua Pertandinagn Kebersihan Kubur Peringkat Negeri Terengganu
2011-Tempat Kedua Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Masjid peringkat Daerah Kuala Terengganu.